Daisypath Next Aniversary Ticker
Daisypath Friendship tickers

Tuesday, December 2, 2008

Kembali Tersenyum

 

Amat sukar bagi diri ini untuk meneruskan kehidupan setelah sauh yang dilepaskan ketika berlabuh telah putus, perahu yang teruk dihempas ombak tanpa mempedulikan kejadian yang menimpa diri ini. Diri ini hanyut tanpa pegangan, hanyut dilambung sang badai yang terus menjadi pendamping diri. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui apa yang selama ini diri ini lalui.

Diri ini bersyukur kerana telah diberi kesempatan untuk kenikmati kemanisan dalam kehidupan yang sering menjadi tempat persinggahan sang gagak.

Bermula dengan ikatan persahabatan, ikatan yang terjaling semakin menjadi ikatan terlarang kerana diri ini menjadi orang ketiga dalam kisah percintaannya, mengemis kasih sayang dari insan kepunyaan orang lain. Apabila bangkit dari separuh sedar, diri ini terasa begitu terhina kerana ingin merampas apa yang telah menjadi milik orang lain.

Diri ini mula menjauhi ikatan tersebut, diri ini membiarkan ikatan itu renggang, bukanlah putus. Hampir setahun kerenggangan itu, satu rahsia telah terbongkar selepas pertembungan kuasa politik, antara sang puteri dengan pemuda reformasi, pertembungan yang hakiki.

Pintu telah diketuk,
Kunci telah dibuka,
Dia membiarkan diri ini masuk,
Membuat diri ini terasa bahagia

"Wahai Tuhan,
terima kasih kerana memberi diri ini ujian yang teramat pedih dahulu.  Peristiwa semalam telah menjadikan aku
seorang lelaki yang cuba men-jiwa-i hati seorang insan yang penting dalam  hidup ini.
Walaupun tidak seindah dahulu, akan tetapi, inilah ikatan PALING indah buat diri ini dan
kenikmatannya memang begitu enak sekali kerana kami sedang menuju ke arah-Mu, Tuhan yang Menghidupkan & Mematikan.

Terima kasih Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, kerana mengkabulkan doaku supaya ingatanku pada insan terdahulu lupus, kau telah menjauhkan diri ini  dari segala peristiwa hitam, bukan dengan menggantikan, tetapi menganugerahkan insan yang benar-benar memahami aku - bukanlah hanya dengan kata-kata. "

0 comments:

Post a Comment

You and Me

 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates | Sponsored by Application Monitoring | Customized by: myfr3ak